Tidak di nafikan tidak semua ibu ibu yang bersetuju
dengan pengambilan vitamin ketika menyusukan bayi terutama kepada ibu
ibu hardcore kepada penyusuan exklusif. Bukan semua ibu begitu namun ade
yang begitu menyangkal kepentingan vitamin
dalam penyusuan ibu.
Penyusuan Ibu- courtesy of google |
Saya bukan lah hebat sangat dalam penyusuan ibu,
Saya mula mengambil supplement kerana terasa begitu berbeza penyusuan
ibu sebelum dan selepas pengambilan. Ia bukanlah pada kuantiti namun
lebih kepada penjagaan kesihatan dan dalaman ibu
itu sendiri.
Namun ade pula yang mempersoalkan bahaya ia terus
masuk kedalam susu dan amat berbahaya kepada bayi yang minum susu ibu.
Di sini saya tekan kan bahawa pengambilan vitamin amat penting dengan
ilmu. Bukan sebarang hentam kromo ye.
Berikut mari kita fahami apakah vitamin yang perlu di ambil oleh ibu menyusu.
MULTIVITAMIN
Seperti semasa kita mengandung, kita mengambil
multivitamin terutamanya zat besi kerana, ibu ibu banyak kehilangan
darah ketika bersalin dan ia amat penting ok. Dan kebanyak vitamin di
dalam multivitamin larut air, dan vitamin yang larut
air tidak meningkatkan dos vitamin pada susu ibu itu sendiri walaupun
ibu tersebut ambil vitamin yang berlebihan dos.
Kalsium dan VITAMIN-D
Susu ibu mempunyai vitamin lengkap dengan enzim dan
anti bodi. Dan susu tersebut akan di hasilkan dalam cara yang amat
kompleks oleh tubuh ibu itu sendiri. Dan ibu yang menyusukan bayi
memerlukan sehingga 1000mg kalsium bukan lah untuk
menghasilkan susu tetapi adalah keperluan ibu itu sendiri. Kalsium
meninggalkan tulang ketika penyusuan bayi. Maka sangat penting ibu ibu
yang nak kekal cergas dan mengelakkan keguguran gigi untuk mengambil
Kalsium yang mencukupi
B-Complex
Ibu yang tidak makan terlalu banyak sumber daging,
amat memerlukan B12 dalam diet mereka. Maka adalah sangat penting ibu
ibu mengambil tambahan Vitamin B dalam diet mereka. Selain dari itu,
B-Complex juga sangat penting dalam mengatasi
keletihan melampau yang kadankala mencabar kesabaran ibu ibu yang mahu
menjayakan penyusuan ibu.
Protin
Lain ibu lain keperluan namun menurut University if Michigan Medical School- mencadangkan ibu ibu yang menyusukan mendapatkan sekurang kurangnya
tambahan 15 gram lebih dari keperluan harian biasa atau lebih mudah iaitu 71gram setiap hari.
Mendapatkan sumber protin bukanlah masalah namun
mendapatkan sumber protin yang berkualiti adalah cabaran utama. Protin
haruslah mengandungi 9 element penting asid amino yang membekalkan
nutrisi lengkap pada protin. Ini termasuklah Histidine,
isoleucine, leucine, lysine, methionine, phynelalanine, threonine,
tryptophan dan valine.
Nasihat saya, dapatkan pakar nutrisi untuk memberi
nasihat penuh kepada ibu ibu yang sedang menyusukan. Sebab ia bukanlah
untuk kualiti susu itu, namun lebih kepada ibu itu sendiri. Agak
mencabar juga sekarang ini untuk mendapatkan diet
seimbang terutama ibu ibu bekerjaya, isteri dan menguruskan hal rumah
tangga dalam satu masa.
Maka pengambiln vitamin memastikan ibu ibu itu
sendiri sihat cergas dan bila system tubuh itu teratur, dan panduan
penyusuan di patuhi sepatutnya tidak timbul lagi masalah susu merundum
dan sebagainya.
Badan nak pakai lama tau, tambahan pula kita ni
wanita kan? Nak jadi superwoman, supermom, superwife dan segalanya super
tak ke sepatutnya kita juga ambil super vitamin?
Salam Sayang,
Aula
Amazing Aula
Cara Menyimpan Jika Kita Makan Gaji.
ReplyDelete===
Salah satu kriteria mereka yang kaya harta adalah tabiat menyimpan yang konsisten. Maka kita perlu ada strategi untuk membina tabiat menyimpan yang konsisten ini.
Sambung baca di ---> http://notaduit.com/?tag=info
^^
pembahasannya menarik, makasih banyak ya
ReplyDelete