August 20, 2015

5 Tindakan Pantas untuk selamatkan Nyawa Anak Anda

Bulan lepas Razim di serang demam panas yang kronik. Sob Sob sedih bila ingatkan masa tu. Tapi kalau tidak kena mesti tak tahu apa nak buat. Syukurlah Allah SWT gerakkan Aula untuk bertindak pantas ketika tu.

Mula mula ingat demam biasa jer sebab badan dia memang jenis panas. Tapi tidak sangka pulak boleh seteruk hari tu. Malam tu ok lepas bawak balik dari klinik sekali malam tu dia mengigil. Terperanjat pulak sebab air cond sikit punya sejuk dia kata panas tapi dia mengigil tak ker takut di buatnya. Bila buka lampu hambek ko. Bibir dia dah biru ok, jari semua dah biru dan sejuk tapi bila rasa badan dia macam terbakar. Memang takde tunggu dah tetiba jadi heroin jap aku dukung anak ku yang 24kg tu turun tangga masuk kereta memang dengan baju tidur semua si adik Sarhan pun angkut sekali. Husband aku pun dengan seluar tidur segala. 

Syukurlah masa ni dah sihat sepenuhnya.


Pergi ER di Kuantan Medical Center ( masa tu cuti cuti di kuantan). Ni lah yang saya belajar dan memang Aula nak kongsikan dengan korang supaya standby. Jangan biarkan anak korang demam panas relax relax ye. Memang tak sempat nak ambil gambar ke apa. Tahu jer nurse bukak baju dia badan dan warna biru. Air mata memang tidak dapat di tahan tahan lagi

Ada kala sebagai ibu kita ambil lewa anak demam sikit. Terutama kalo anak itu selalu sahaja demam. Namun di sini saya kongsikan tips bertindak pantas jangan tunggu kerana nyawa anak anda mungkin dalam BAHAYA.

1) pastikan sediakan termometer untuk anak anak anda di rumah. Kerana kadangkala panas yang menyerang di kala kita tengah tidur. So cepat cepat periksa suhu badan anak

2) Jika sudah melebihi 38 degree, curahkan air sejuk ke badan anak. Jika tiada ubat demam masuk bontot, Pakai kan baju dan bawa terus ke klinik atau hospital bahagian emergency.

3) Jangan bertindak bersendirian melainkan anda adalah jururawat atau doctor. Setelah dapat pelepasan dari wad kecemasan. Balik rumah teruskan sponging atau menjeram dengan air dan tuala seluruh tubuh badan anak.Walaupun kadang kadang macam dah turun sebab kesan ubat, ia biasa bersifat sementara, di sini fungsi sponging sangat PENTING.

4) Jeram dengan air ais atau lebih cepat air asam jawa. Ni berkesan tapi tidak boleh berhenti sehingga suhu betul betul turun. Tidak boleh berhenti saya ulang tidak boleh berhenti sehingga suhu badan betul2 turun dan stabil.

5) Pastikan ubat doctor di ambil sepanjang demam. Di samping itu amalkan Air kelapa ssetengah cawan untuk memberi effek Penyejukan badan.

6) Lindungi diri anak dari serangan kembali, lengkapkan diet anak dengan supplement untuk mengelakkan mereka di serang demam berpanjangan dan menguatkan antibodi dari serangan demam sedemikian lagi. Memang Aula pastikan Vitamin mereka sentiasa ada. Dan istiqamah ambil hari hari. Semoga tidak berulang lagi.
Mommies tolong beri perhatian tips ini ye. Sebab ia memastikan anak anak kita di lindungi dan menyelamatkan NYAWA mereka.

INGAT Demam Panas dengan suhu meningkat boleh menyebabkan SAWAN DAN KOMA. Jangan ambil ringan. Ingat tips ini.

Salam sayang,

Aula
Mommy RazHan

012-2522007

1 comment:

  1. alhamdulillah tak apa-apa ... memang cuak kalau anak demam panas. kami kalau pergi mana-mana sure bawa ubat demam, yang minum dan cucuk belakang tu, standby :)

    ReplyDelete

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign