August 22, 2015

5 Tips untuk TAMPIL CANTIK dalam 10 MINIT

Berapa ramai dalam ini yang masih bekerja dan menguruskan anak anak dalam masa yang sama?
Saya rasa ramai kan termasuk lah Tuan Tanah ni haa.

Memang saya bangun awal nak uruskan barang barang Razim nak ke sekolah, nasib Daddy dia yang hanta kan ke sekolah kalau tak kelibut juga. So masa nak bersiap untuk ke tempat kerja biasanya hanya mampu siap di dalam kereta. Tudung pun main sarung jer nak keluar rumah.

So kalau mommies yang sama kes seperti saya di sini saya kongsikan 5 TIPS untuk TAMPIL CANTIK sama ada di RUMAH mahupun di PEJABAT seperti ada tukang gaji kekdahnya.



1) GOSOK BAJU MALAM SEBELUM- Yes ini memang ramai la yang kelisa kan. Termasuk lah saya jadi saya buat perjanjian dengan hubby tolong gosokkan baju saya sementara saya kemas rumah dan basuh kain ( tu favourite kerja rumah dia).




2) PASTIKAN TUDUNG ANDA diGOSOK/ RAMBUT DI IKAT RAPI- Pastikan tudung yang anda pakai itu di gosok terlebih dahulu, agar tampak mahal walaupun harga sebenarnya MURAH jer pun. Bagi yang tak bertudung, pastikan ade SEPIT YANG CANTIK TERSELIT dalam beg. Kalau tiba tiba rambut anda nak kembang hari tu ade sepit tersedia untuk menyelamatkan HARI ANDA



3) PAKAI BEDAK COMPACT 2 IN 1/ BB LOTION- Ini sangat penting. Kadang kala kita ambil ringan pakai bedak asas kan. Namun inilah kunci untuk anda tampil kemas untuk ke pejabat mahupun di rumah. Nak cepat, pastikan bedak asas anda dah tersedia bersama FOUNDATION dan BEDAK 2 IN 1. Sekali sapu rata dah siap dalam masa 2 minit dah siap letak bedak di muka.

4) WARNAKAN WAJAH DENGAN TONA LEMBUT- PAsti kan anda punyai 3 asas make-up di dalam bag, pemerah pipi, lipstik dan eye-liner. Boleh pilih salah satu nak warnakan muka. Tidak suka lipstik  macam saya tak berapa suka sangat pakai lipstik jadi saya wahib pastikan saya mesti ade pemerah pipi untuk serlahkan wajah agar tampak segar. Eye liner ikut suka, jika anda suka mata nampak fresh lebih besar dan menawan boleh tambahkan. Saya suka sebab nampak jelita dalam sekelip mata. Proses ini biasanya 5 minit



5) AKSESORI ITU PENTING- Nak nampak CANTIK dalam berpakaian. AKSESORI sangat sangat penting. Boleh memilih kerongsang yang cantik dan sedikit besar saiznya agar menyerlahkan pemakaian tudung anda. Pemilihan rantai labuh juga boleh menyerlahkan pemakaian yang simple. Sedikit berkilau boleh buat anda tampak mahal dalam sekelip mata. Bagi yang tidak bertudung, anda boleh bermain dengan 3 aksesori, STATEMENT NECKLACE, SUBANG yang kecil dan berkilau ataupun gelang tangan aksesori.

So ini yang saya amalkan setiap pagi nak pergi kerja. Kalau di rumah mungkin aksesori tudung tu tidak berapa penting, namun kecantikan rupa paras dan cara berpakaian itu penting kerana ia akan menyerlahkan imej dan membuatkan kita lebih berkeyakinan.

Yang paling penting ialah asas kulit yang bersih dan mudah di olah. Kalo banyak jerawat dan kesan kesan parut yang teruk, proses nak pakai make up mungkin agak lama. Jadi pastikan anda menjaga kulit wajah anda agar sentiasa licin bersih dan cerah. TIPS MENDAPATKAN KULIT YANG FLAWLESS

Nanti ade kelapangan saya akan buat video ok. JOm amalkan.

Salam Sayang
Aula
Amazing Mommies
012-2522007




3 comments:

  1. nice info ... memang suka yang simple dan cepat :)

    ReplyDelete
  2. rajin encik suami gosokkan pakaian... Along singgah sini membalas kunjungan☺

    ReplyDelete
  3. For me semua tu penting..hehehehe...well membalas kunjungan disini...salam kenal

    ReplyDelete

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign