August 26, 2015

3 Sebab Anda Perlu Tahu Jika Anak Anda Kuat Mengamuk


Sebagai ibu siapa yang tidak panas hati bila balik jer jeritan sekuat petir satu rumah macam ada 10 orang gayanya. Balik kerja dah la penat, stress bekerja lagi.
Itu lah situasi rumah saya setiap hari. Namun syukur sangat kini saya dah boleh tersenyum dan rasa begitu lega bila tengok Razim dan SArhan perlbagai ragam hanya untuk dapatkan perhatian. Tak begitu?
Mari saya kongsikan info yang saya kumpulkan ketika berbual dengan kalangan ibu ibu yang juga ada masalah yang sama. Rata rata memang tidak mampu bersabar dan marah yang amat la kan di rumah.
Kadang kala sampai terpukul tercubit permata kecil kita tu. Jadi dari situ saya belajar bahawa ia semua bermula dari psikologi anak itu sendiri yang kita terapkan ketika mereka kecil

1.       Ibu bapa itu sendiri kuat mengamuk dan cepat marah marah. PErasan atau tidak Children works by example. Jika anak anak itu kuat menjerit, cuba muhasabah diri kita sendiri bagaimana perwatakan kita ketika bersama ibu bapa kita, suami dan kawan kawan. Jika kita suka berbual kuat kuat jerit jerit, tidak mustahil bahawa itu lah Antara punca kenapa mereka juga bertindak demikian. 

Apa perlu dibuat?
Cuba banyakkan bersabar, susah namun kadang kala stress menyebabkan kita cepat marah, cakap pun nak up jer. So istighfar dan amalkan pengambilan B-Complex untuk memberi sensasi ketenangan dan GLA complex untuk mengawal atur hormone, agar tak mudah sentap. Kita lebih waras berfikir

2.       Anak-anak kita BIJAK untuk memainkan emosi untuk mendapatkan apa mereka mahu. Sebab pada usia dibawah 4 tahun mereka tidak tahu cara yang logik untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, dan dengan mengamuk adalah cara yang mereka Nampak untuk memastikan ibu bapa mereka ikut kemahuan mereka.

Apa perlu dibuat?
JANGAN saya ULANG JANGAN jerit semula pada mereka sebab itu adalah perangkap kemarahan dan akan membangkitkan lebih lagi kemarahan anak tersebut. Sebaliknya berdiam diri dan memberi satu arahan yang tegas tetapi dengan lembut. Mulakan ayat dengan perasaan anak tersebut. Contohnya dia tengah marah “Ibu tahu kamu sedang marah, jadi ibu akan duduk di sini sampai Razim rasa dah ok nak berbual dengan ibu”

Saya pernah cuba teknik ni menjadi juga. Razim berhenti menangis dan duduk lama juga. Pastu baru la dia cerita apasal tak puas hati dia baru la boleh inject nasihat masa tu. Memang mencabar sangat tapi berbaloi.

3.       Mereka PERLUKAN PERHATIAN. Eih tak cukupkah perhatian ku berikan. Hahaha anak anak kecil memang seluruh hidup mereka nak perhatian. Namun perhatian yang seperti apa? Kalau setakat suruh mereka duduk makan dan kita pula di dapur sibuk memasak la memotong bawang la. Alamatnya memang lepas tu mula la. Bila di ajak bermain kita pula sibuk dengan tab dan telifon. Memang lah tak jalan

Apa perlu dibuat?
Tumpukan perhatian anda dalam 30minit ke 1 jam pada sesuatu masa. Hah bukan lama pun. Mereka pun tak perlukan perhatian setiap saat. Macam waktu makan. Temankan mereka walaupun 30 minit dan pastikan mereka duduk bersama dengan kita tidak bergerak ke sana dan kemari. Ataupun 30 minit bermain sepenuhnya pada mereka tak tengok telifon ke berbual dengan encik suami ke. Memang lepas tu percayalah mereka takkan ganggu anda sampai la nak tidur nanti. Saya dah cuba dan memang menjadi. Memang Razim dan Sarhan buat hal sendiri sampai kekadang risau pulak. Kuncinya ialah fokus sebentar dan mereka boleh berdikari sendiri

Jadi jangan pening pening kalau anak anak kita kuat mengamuk. Jika amukan nya tu berpanjangan lebih dari 20 minit maka mungkin kena di bawa kepada pakar untuk memeriksa anak anda kemungkinan ada yang tidak kena dengan persekitaran nya atau beliau ada masalah sebaliknya.

Biasanya mengamuk atau tantrum tidak akan lebih dari 10 minit pun. Jadi banyakkan bersabar dan amalkan pengambilan supplement yang bertepatan untuk memberi anda tenaga dan kestabilan hormon dan psikologi. Ye jangan main main ye stress bekerja kadangkala boleh mengubah kestabilan hormon dalam tubuh badan kita. Banyakkan juga beristighfar insyallah lebih mudah kita menghadapi situasi sebegini.

Salam Sayang,
Nurul Aula
Mommy Razim,
Senior Coordinator
012-2522007
aulakif@gmail.com


2 comments:

  1. Wah...smpt lagi tu akak promote barang.. hehe... Tapi, tulahkan, realiti. Macam Along sendiri, ada adik darjah dua. Perangai dia selalu mengamuk-ngamuk. Ada je benda yang dia tak puas hati. Bagus juga tips2 akak ni, nanti Along cuba..

    ReplyDelete
  2. setuju sangat no.1 tu ... mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ;)

    ReplyDelete

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign