Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

September 11, 2015

Razim's Special Day

Semalam sekolah Razim buat sambutan HArijadi untuk September Babies.
Razim pun bukan main Happy la kan nak celebrate Birthday.
Nak tema IRON MAN. Nak IRONMAN suit. Ada jual kat Toys R Us, tapi sedih tiada saiz untuk Razim.

KOntrol Macho sangat haihhh
So Daddy belanja Razim beli sweater camouflage. (Bapak dia memang suka tema askar ni, kalo boleh cat rumah pun nak camouflage jugak haihhh). And mommy belikan Razim kek IRONMAN.
Rainbow cake dengan IRONMAN THEME.

Iron Man Rainbow Cake from KULCATS


Sedap gila weih kek ni sampai tak sempat nak ambil gambar sebab dah di distribute ke kawan kawan Razim. Walaupun kek dia tersekeleh sebab kotak dia bagi kecik sangat, sebab rasa dia yang sedap gila so di maafkan. So kalau korang nak tempah kek super sedap boleh la pergi ke #KULCATS, IG mereka nama KULCATS, support anak bangsa ye hehe.

Classmate Razim ELA 2015

So terubat la sedih Razim.  Actual birthdaynya ialah 25 September tapi sebab kawan kawan Razim ada so kita buat sekali nanti Birthday Razim kita distribute goodie bag. Tu satu cerita nak kena beli barang barang untuk goodie bag pula.

Apa pun Im glad he had fun, with his friends dan Mommy and Daddy and Sarhan Love you so so much. Hensem dah dia semoga membesar jadi anak yang baik k sayang.

Love you much,
Mommy, Daddy, Sarhan

September 9, 2015

Kisah Mommy RazHan- Sehari tanpa Handphone

Siapa pernah tertinggal handphone dan handphone less untuk hari itu??

Apa rasa? Hahaa memang gelabah la kan.

Saya la tu boleh pulak tertinggal handphone semalam dah sampai ofis baru sedar. Haihh dah la tengah tunggu order order dari customer. Nombor telifon suami langsung tak hafal. Apa apa wassap. Memang frust la no connectivity katanya.

Tapi setiap berlaku tu pasti ade asbab nya kan. Jadi bermula la detik buka email pepagi. Tak pernah la mak check gmail pepagi buta. Hari ni baru la beremail bagai. Nasib la suami ku rajin check email.hahaha selamatt.

Petang baru la daku bertemu kembali dengan handphone ku. Fuhh macam jumpa boifren dah kekdahnya.

Apa tak berkepit jer dengan handphone. Wassap 72 unread, telegram 124 unread, FB 24 post updates aiyohhh.

Kadang kadang ada baiknya berjauhan seketika boleh keep in touch dengan sistem lama pakai email hehe.

Korang pernha kena tak??
Cer share pengalaman korang.

Salam Sayang,
Aula
Amazing Mommies
012-2522007

August 26, 2015

3 Sebab Anda Perlu Tahu Jika Anak Anda Kuat Mengamuk


Sebagai ibu siapa yang tidak panas hati bila balik jer jeritan sekuat petir satu rumah macam ada 10 orang gayanya. Balik kerja dah la penat, stress bekerja lagi.
Itu lah situasi rumah saya setiap hari. Namun syukur sangat kini saya dah boleh tersenyum dan rasa begitu lega bila tengok Razim dan SArhan perlbagai ragam hanya untuk dapatkan perhatian. Tak begitu?
Mari saya kongsikan info yang saya kumpulkan ketika berbual dengan kalangan ibu ibu yang juga ada masalah yang sama. Rata rata memang tidak mampu bersabar dan marah yang amat la kan di rumah.
Kadang kala sampai terpukul tercubit permata kecil kita tu. Jadi dari situ saya belajar bahawa ia semua bermula dari psikologi anak itu sendiri yang kita terapkan ketika mereka kecil

1.       Ibu bapa itu sendiri kuat mengamuk dan cepat marah marah. PErasan atau tidak Children works by example. Jika anak anak itu kuat menjerit, cuba muhasabah diri kita sendiri bagaimana perwatakan kita ketika bersama ibu bapa kita, suami dan kawan kawan. Jika kita suka berbual kuat kuat jerit jerit, tidak mustahil bahawa itu lah Antara punca kenapa mereka juga bertindak demikian. 

Apa perlu dibuat?
Cuba banyakkan bersabar, susah namun kadang kala stress menyebabkan kita cepat marah, cakap pun nak up jer. So istighfar dan amalkan pengambilan B-Complex untuk memberi sensasi ketenangan dan GLA complex untuk mengawal atur hormone, agar tak mudah sentap. Kita lebih waras berfikir

2.       Anak-anak kita BIJAK untuk memainkan emosi untuk mendapatkan apa mereka mahu. Sebab pada usia dibawah 4 tahun mereka tidak tahu cara yang logik untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, dan dengan mengamuk adalah cara yang mereka Nampak untuk memastikan ibu bapa mereka ikut kemahuan mereka.

Apa perlu dibuat?
JANGAN saya ULANG JANGAN jerit semula pada mereka sebab itu adalah perangkap kemarahan dan akan membangkitkan lebih lagi kemarahan anak tersebut. Sebaliknya berdiam diri dan memberi satu arahan yang tegas tetapi dengan lembut. Mulakan ayat dengan perasaan anak tersebut. Contohnya dia tengah marah “Ibu tahu kamu sedang marah, jadi ibu akan duduk di sini sampai Razim rasa dah ok nak berbual dengan ibu”

Saya pernah cuba teknik ni menjadi juga. Razim berhenti menangis dan duduk lama juga. Pastu baru la dia cerita apasal tak puas hati dia baru la boleh inject nasihat masa tu. Memang mencabar sangat tapi berbaloi.

3.       Mereka PERLUKAN PERHATIAN. Eih tak cukupkah perhatian ku berikan. Hahaha anak anak kecil memang seluruh hidup mereka nak perhatian. Namun perhatian yang seperti apa? Kalau setakat suruh mereka duduk makan dan kita pula di dapur sibuk memasak la memotong bawang la. Alamatnya memang lepas tu mula la. Bila di ajak bermain kita pula sibuk dengan tab dan telifon. Memang lah tak jalan

Apa perlu dibuat?
Tumpukan perhatian anda dalam 30minit ke 1 jam pada sesuatu masa. Hah bukan lama pun. Mereka pun tak perlukan perhatian setiap saat. Macam waktu makan. Temankan mereka walaupun 30 minit dan pastikan mereka duduk bersama dengan kita tidak bergerak ke sana dan kemari. Ataupun 30 minit bermain sepenuhnya pada mereka tak tengok telifon ke berbual dengan encik suami ke. Memang lepas tu percayalah mereka takkan ganggu anda sampai la nak tidur nanti. Saya dah cuba dan memang menjadi. Memang Razim dan Sarhan buat hal sendiri sampai kekadang risau pulak. Kuncinya ialah fokus sebentar dan mereka boleh berdikari sendiri

Jadi jangan pening pening kalau anak anak kita kuat mengamuk. Jika amukan nya tu berpanjangan lebih dari 20 minit maka mungkin kena di bawa kepada pakar untuk memeriksa anak anda kemungkinan ada yang tidak kena dengan persekitaran nya atau beliau ada masalah sebaliknya.

Biasanya mengamuk atau tantrum tidak akan lebih dari 10 minit pun. Jadi banyakkan bersabar dan amalkan pengambilan supplement yang bertepatan untuk memberi anda tenaga dan kestabilan hormon dan psikologi. Ye jangan main main ye stress bekerja kadangkala boleh mengubah kestabilan hormon dalam tubuh badan kita. Banyakkan juga beristighfar insyallah lebih mudah kita menghadapi situasi sebegini.

Salam Sayang,
Nurul Aula
Mommy Razim,
Senior Coordinator
012-2522007
aulakif@gmail.com


August 13, 2015

Oh Ibu!! Hentikan..

Amboih tajuk kan. macam kena dera ke apa. 

Tapi memang Mommy nak sentuh sedikit tentang ibu ibu di media sosial zaman canggih ni.
Rasanya macam dah jadi medan perang pula dalam media sosial, dimana ibu ibu yang bercanggah pendapat dalam membesarkan anak anak.


Gambar di petik dari SINI
Ada yang pro begini ade yang pro begitu. Semua perlu di komen dan di hentam jika tidak kena dengan pendapatnya. Kadang kadang sedih juga baca komen komen tu sampaikan menguris hati ibu yang membaca nya.

Terkini tentang fakta susu ibu vs susu lembu. Mommy memang tidak mahu komen lebih panjang dan setiap orang itu ade pendapat masing masing. Sejauh mana pun  kita memperjuangkan sesuatu yang kita rasa sangat baik, namun tidak perlu meletakkan ibu ibu yang tidak sependapat dengan kamu seperti hina sungguh bunyinya.

BERKONGSI ADA PANDUANNYA

Kita kadang kadang ghairah berkongsi sampaikan meletakkan orang lain itu jahat benar rupanya. Tak salah berkongsi yang baik elok di kongsi namun tidak perlu di beri perbandingan dengan produk lain mahupun merendah rendahkan usaha ibu ibu lain.

So mommies keep on giving the good things to others dan hentikan kondem cara orang lain membesarkan anak anak mereka. Kita tidak tahu kesukaran dan cabaran yang mereka lalui.
Mereka juga sedang belajar, bukankah elok di kongsi ilmu tentang teknik teknik yang berkesan membesarkan anak anak untuk manfaat bersama daripada membanding bandingkan.

Saya tahu mommies semua memang hebat so keep on giving and less critism to others. Kita juga tidak sempurna. Maka lets learn and perbetulkan diri kita ok.

Salam Sayang 
Aula
Mommy Sarhan
Amazing Mommies



January 13, 2015

Resepi Kek Batik Sempoi~ Ranggup and Chewy

Wohoo.. Tak pernah kot review resepi orang tapi inilah kali pertama dan Alhamdulilah menjadi pula kan. Ok di sini Mommy kongsikan resepi yang di petik dari blog Cik Epal.  SUMBER

Punya la kelakar, suami tak tahu biskut Marie tu apa.. ( orang bandor katanya) terpaksa la mak keluar jugak kan pergi cari biskut Marie.  nasib jumpa. Suruh beli Milo paket kecik dia pi beli Milo 3 in one nasib kat rumah ade belen MILO dalam 3/4 lagi. Kalo tak mau terbantut semangat Mommy nak buat tau!! 
       

Sangat la sempoi dan inilah bahan bahan nya
1) Butter- 250gram
2) Sepaket Milo kecil - anggaran 400 gram
3) Sepaket Biskut Marie
4) Susu Pekat- Guna separuh jer ye melainkan suka manis. Ni pun Mommy rasa manis dah

 CARA MEMBUAT:

1) Anginkan biskut, kasi terdedah sekejap kat udara- dalam sejam  dan lembutkan butter ke suhu bilik.

2) Kemudian masukkan Butter, susu pekat dan Milo - kaco rata kacau laju sikit ye kalo tak nanti dia berketul dah kematu nanti



3) Bila dah blup blup ( bawah api yang sangat kecil) terus masukkan biskut yang dipatahkan. Masuk jer takyah nak lawa lawa sangat. Kaco sekejap seminit-dua pastu tutup api.

      


4) Masukkan dalam bekas lawa sket ( eih nak makan kena la lawa kan) dan sejukkan.

    


5) selepas tu boleh la potong dan makan.. kalo masuk peti sejuk lepas keluarkan biarkan dalam 10-20 minit baru potong kek tu kalo tak nanti nak potong keras.

     
Rasanya? HUrrmm sedap la kan. Sehari habis bawak kat opis.. hehe.. Terima kasih la ye cik epal share resepi sempoi dan chewy gitu.

Dah telan benda manis wajib la kan telan omega heheh dan VIVIX kasi itu gula nyah dari badan.. ( sempat promo hehe)

Salam Sayang
Aula
Mommy Razim
012-2522007


January 11, 2015

Yeay Sarhan dah Boleh Jalan

Alhamdulilah besar dah anak teruna sorang ni. Lahir 29 Januari 2014, dah nak cecah setahun dah hensem sorang ni. Hari ni mark la dia dah boleh berjalan sendiri. terkedek kedek tapi berani dia nak melangkah sendiri.

Sarhan baru 2 hari


Rindu bau baby heheh.. umur baru 5 hari


 

Saya sangat suka kentang.. Favourite sangat





Alhamdulilah antara langkah pertama sendiri
Abang Razim Sayang Sarhan.. Brotherly Love uolss..
  
Can you spot my biji Jagung in my mouth.. Gigi baru nak tumbuh besar biji jagung jer heheh
 
Pejam celik dah nak masuk setahun kan Sarhan ni.. Alhamdulilah semoga Sarhan membesar menjadi anak yang baik, hensem dn soleh k sayang. Mommy Daddy and Abang Loves you endlessly..
Muacks

Love,
Aula
Mommy Razim Sarhan
Senior Coordinator- 5 points 
aulakif@gmail.com
012-2522007


December 24, 2014

5 Tips Menangani Anak Kuat Mengamuk

Salam korang.. mesti ramai yang terfikir kan kenapa la tajuk sebegini rupa kan.
Mommy rasa semua mommy, ibu ibu dan mak mak ade kan mengalami satu stage dimana anak kuat benor menjeritnya.
      

Selalunya kita kaji punca dulu kenapa la dia suka menjerit. Biasanya kerana dia nak perhatian, terutama anak anak yang baru dapat adik. Saya tahu sebab Razim pun begitu. Sejak dapat adik memang suka benor menjerit. So saya apply 5 tips di bawah ni
Tarik Nafas dalam dalam- dan kira sehingga 10 perlahan lahan. Sambil beristighfar, fikirkan cara paling rasional nak tegur anak itu, terangkan pada mereka kesalahan yang anak anak dah lakukan. Ini mengelak dari anda menjerit pada anak itu memberi kesan lebih buruk
Dulukan Emosi- Bila kita menegur mereka, mesti dulukan emosi, nyatakan emosi mereka ketika itu contoh dia tengah marah jadi tekankan perasaan di ikuti dengan arahan
" Mommy tahu abang tengah marah, tapi mommy nak abang rileks dan pergi duduk sana"
Libatkan mereka dalam aktiviti- Setiap aktiviti dengan adik libatkan mereka, tolong amik kan pampers, tolong buat susu ( dengan pemerhatian of course), jadi mereka rasa penting jadi kurang tantrum nak marah hehe:)
Self Talk- Ramai yang tak berapa mahir benda ni tapi its good bagi kita yang kadang-kadang rasa marah kan. So bila.mereka nak tido- antara tido dan tidak, bisikkan ke telinga mereka yang mereka anak yang baik, fengar kata dan baik budi pekerti. Di ikuti selawat insyallah lebih baik perangai mereka
Amalan satu jam- Walau sesibuk mana pun anda, dedikasi kan masa anda sejam solid untuk anak anda. Maknanya anda buat apa apa aktiviti, memasak ke mengemas ke bermain ke untuk bersama si comel anda. Yes lepas tu mereka akan kurang menjerit. Insyallah.
Ni amalan saya bersama Razim ketika fasa dia mahukan perhatian ketika baru dapat adik. Alhamdulilah walaupun kadang tersasar tapi banyak sangat improvement dia hehe.
      

Anda dah cuba? Jom cuba tips ini. Oeh jangan lupa pastikan Omega Guard sentiasa dalam stok sebab antara fungsi Omega- 3 ialah mengurangkan hiperaktiviti dan fungsi otak makin ligat (tu sebab banyak tanya tu hehee :))
Aula
Mommy RazimSarhan
Senior Coordinator
012-2522007
aulakif@gmail.com


December 6, 2014

Akhirnya Razim ada Hari Sukan PART 1

Lamaaa.. semua sekolah rata rata dah habis sports Day atau Hari sukan. Razim pulak baru hari ni la kan.


Happy Mommy dapat update perkembangan sekolah Razim. Sportz day Kidz Sports memang meriah la kan.

Tema Teenage Mutant Ninja Turtles, terbahagi kepada 4 kumpulan umur 2, 3, 4 dan 5 tahun. Razim dalam team biru Leornardo.

Penat jugak hari sukan ni walaupun setakat setengah hari jer. But we have loads of fun. Jom layan gambar aktiviti Sukan kids sports.

Tak penuh lagi gambar tengah tunggu upload dari Daddy and Uncle Awal. Nantikan part II.

Salam Sayang,
Nurul Aula
Coordinator 4 points- dec 2014
012-2522007

December 3, 2014

Razim Hero Hindustan

Hah ini entri beekurun baru nak post kan hehe.

Best jugak hanta Razim ke Kids Sports and Gym, banyak aktiviti Social studies yang mereka buat. Mereka belajar about kebanyakkan perayaan yang ade kat dalam dunia ni. Bagi mommy memang ok sangat.

So bulan lepas ni perayaan Deepavali, so setiap anak anak kena pakai baju untuk sambut deepavali. Hambik mana nak cari la kan last minit nie. Jadinya kita ke Brickfields la mana lagi. Mujur la ade Little India. Dan baju hindustan tu mahal hokeyyy.. Yang pilih untuk Razim paling murah dan ok la yang paling tak colour kebaboom.

    

 


Hah yang ni sambutan kat sekolah hamboi rajin anak mommy distribute Muruku. Hensem anakku hahha. Leh jadi hero Hindustan la i tell you.


Hero hindustan hidang muruku hokeh!!


Tengah khusyuk dengar skrip Kuch Kuch Hota Hai

  
Sambung hidang muruku- rajinla hai anakku sorang ni

Best Friends Forever Aqeel Asraff

Apa pun Im glad he had fun dan learn something about Indian Culture and Deepavali. :)

Love,
Mommy Razim
NURUL AULA


November 19, 2014

Review BIG HERO 6 ~ Daddys Day Out

Kisah hari sabtu...

Al maklum la anak manja kan sesekali dia perlukan his time out Razim and Daddy. Sebab Sarhan masih kecik so tinggal rumah dengan Mommy.
Amboi bukan main seronok kan tengok movie tu. Balik rumah menjerit jerit nak cerita kat Mommy hehe.. Razim Hiro Mommy.

Kisah tentang Hiro seorang yang genius dan obses tentang Robot, dan mengupgrade robot kepunyaan abangnya, untuk membalas dendam kematian abangnya..

Panjang la hai cerita dia, tapi overall plot cerita memang menarik dan menyentuh perasaan. Razim emosi pulak tengok cerita ni tapi Razim happy sangat tengok cerita ni.
Yang tak tahan nak kumpul semua toys dari cerita Big Hero 6 kan. Nasib la ade budget untuk beli toys Razim, dengan syarat berkelakuan baik. Ha ha ha..
Tengoklah tu hari paling bahagia la buat anak terunaku.. 

Happy kid equals to Happy Mom..
Jom bergembira.. banyak sangat Omega-3 tu tu yang happy jer.. tak percaya cuba amalkan. 

Salam Sayang,
Mommy RazimSarhan,
Aula
Senior Coordinator Shaklee
aulakif@gmail.com
012-2522007


November 6, 2014

Tips Membesarkan Bayi anda menjadi Bijak~ Kenali Otak mereka

Selalu kan bila bercerita pasal anak anak semua berrebut rebut kan nak anak bijak anak pandai.
Tapi sebenarnya nak membesarkan anak menjadi lebih bijak, sebagai ibu bapa kenalah kenal bagaimana perkembangan otak mereka.

Otak ni memanglah ciptaan Allah yang sangat hebat. Dan tahukah anda bahawa otak kita takkan berhenti berkembang (bukan membesar) sehingga umur kita 20 tahun? Tetapi perkembangan otak bayi tumbuh dengan pesat sehingga 60%



Otak bayi atau todler sangat hebat mereka boleh melihat persekitaran mereka dan faham secara menyeluruh apa yang berlaku, ini menunjukan otak mereka berhubung dengan baik tetapi kurang neurotransmitter bermakna mereka belum boleh nak fokus kepada sesuatu lagi. tapi sangat kreatif.
sedangkan otak dewasa sangat fokus dan tak nampak secara keseluruhan lebih banyak analytical thinking.

Mahukan anak anda pandai dan bijak?? MAIN DAN RESPON KEPADA SETIAP TINGKAH LAKU MEREKA.

Yes bermain penting tu, DVD Einstein ke lagu lagu ke tak berkesan pun pada mereka, buang jer CD ke flash cards ke. Hebatnya otak bayi itu dia dapat membezakan antara benda yang memberi respons dan tidak memberi respons. Benda yang tak memberi respons bermakna anak kita tidak belajar.

Buat aktiviti yang memberi respons kepada anak anak anda. Berbual, bergelak ketawa bercerita memang boleh membantu perkembangan bayi anda dengan cepat.








Ni yang saya perhatikan dengan Sarhan dia sangat responsive dengan abang dia Razim. Dia akan cuma memimik setiap perbuatan abang dia dan hasilnya dia cepat belajar dan bijak. Ni kerana apabila anak anak itu dah mula blabering atau mula membuat bunyi bermakna dia dah pun sedia untuk belajar. Kalo korang yang jenis bercita cita nak anak korang genius boleh la mula mengajar mereka bermula dari hari mereka mula menyebut ba ba ba. anda mungkin ingat apa la yang dia belajar. tapi inilah masa terbaik nak ajar mereka.




Hentikan menonton TV bersama bayi korang. Sebab mereka tak dapat nak membezakan bunyi latar belakang, jika mereka terlalu expose kepada TV makanya mereka akan lambat nak belajar bahasa atau berbual.

So ibu ibu sekalian nak anak anda bijak dan membesar dengan baik? Berinteraksi la dengan anak anda ok. Baik berbual, peluk cium dan bermain dengan mereka. Selitkan ilmu di setiap aktiviti permainan anda. Insyallah perkembangan mereka akan jadi lebih tajam sepanjang mereka membesar.

Hope this tips membantu korang semua. Dan ye Omega-3 juga sangat penting untuk perkembangan otak dan mata mereka tau.

Macam mana nak bagi mereka Omega-3? Senang jer Breast feed la baby semua cukup dalam tu. Kalo anda antara yang tidak memberi susu ibu pada bayi anda makanya make sure kandungan DHA dan EPA lengkap dalam susu formula.

Habis kenapa nak kena amik suplement Omega-3? Eih dah susu ibu kena serap semua Omega-3 takkan mak mak nak jadi pelupa ye tak :) hehe. Lengkapkan Omega -3 dalam diet so mommy bijak mengajar bayi yang bijak jugak..

~PROMOSI OMEGA GUARD MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA MASIH BERLANGSUNG~


Salam Sayang
Mommy RazimSarhan
Nurul Aula
Shaklee Independent Distributor
aulakif@gmail.com
012-2522007



September 5, 2014

Lanun Muka Merah CIPTAAN RAZIM~ Bila Sel otak Berhubung!!!

Razim memang sangat cenderung untuk berlukisan dan musik. 
orang kata kanak kanak yang suka menyanyi ni is a happy kids alhamdulilah.

Satu jer mommy tak tahan.. suka sangat la kan kaco adik.. Razim Razim.

Memang tekun la anak teruna ku sorang kan. Aunty Yana dia memang rajin melayan i tell you.
La ni aunty dia memang suka bagi aktiviti arts and crafts ni.

Tengoklah tekun betul dia mengaler. 


Hasilnya??


Ni semua hasil kerja tangan Razim tau. mewarna, potong  accessories lanun ni dan pasangkan pada lanun. Dia buat sendiri dengan bimbingan Aunty Yana dia.


Hambek merah terus muka lanun tu. Kenapa merah? Razim jawab, sebab takde colour macam kulit Razim la.. best kan imaginasi budak budak ni. Lanun dan muka merah memang sinonim la sebab garang, bengis, tak terjangkau la pemikiran mommy ni haa.

JAdi aktiviti arts and crafts memang sesuai sangat untuk kanak kanak di antara umur 3-6 tahun untuk membina otak kanan. Untuk sel sel otak berhubung memang la Mommy pastikan Razim telan sebiji omega selang sehari dan mealshakes sekali sehari. WAJIB.

Memang sesuai  sangat la kan Bulan CANTIK dan KESIHATAN ANAK ANAK. Bukan setakat sihat otak pun berkembang dengan pesat dan positif.

Alhamdulilah more post on how Razim has develop to be a big boy oredi and how is he doing in schools now days.











Love,
Amazing Mommies
Nurul Aula A'Akif Fadzil
Shaklee Independent Distributor
012-2522007

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign