Tapi memang Mommy nak sentuh sedikit tentang ibu ibu di media sosial zaman canggih ni.
Rasanya macam dah jadi medan perang pula dalam media sosial, dimana ibu ibu yang bercanggah pendapat dalam membesarkan anak anak.
![]() |
| Gambar di petik dari SINI |
Terkini tentang fakta susu ibu vs susu lembu. Mommy memang tidak mahu komen lebih panjang dan setiap orang itu ade pendapat masing masing. Sejauh mana pun kita memperjuangkan sesuatu yang kita rasa sangat baik, namun tidak perlu meletakkan ibu ibu yang tidak sependapat dengan kamu seperti hina sungguh bunyinya.
BERKONGSI ADA PANDUANNYA
Kita kadang kadang ghairah berkongsi sampaikan meletakkan orang lain itu jahat benar rupanya. Tak salah berkongsi yang baik elok di kongsi namun tidak perlu di beri perbandingan dengan produk lain mahupun merendah rendahkan usaha ibu ibu lain.So mommies keep on giving the good things to others dan hentikan kondem cara orang lain membesarkan anak anak mereka. Kita tidak tahu kesukaran dan cabaran yang mereka lalui.
Mereka juga sedang belajar, bukankah elok di kongsi ilmu tentang teknik teknik yang berkesan membesarkan anak anak untuk manfaat bersama daripada membanding bandingkan.
Saya tahu mommies semua memang hebat so keep on giving and less critism to others. Kita juga tidak sempurna. Maka lets learn and perbetulkan diri kita ok.
Salam Sayang
Aula
Mommy Sarhan
Amazing Mommies









