Showing posts with label anak demam/Flu. Show all posts
Showing posts with label anak demam/Flu. Show all posts

August 20, 2015

5 Tindakan Pantas untuk selamatkan Nyawa Anak Anda

Bulan lepas Razim di serang demam panas yang kronik. Sob Sob sedih bila ingatkan masa tu. Tapi kalau tidak kena mesti tak tahu apa nak buat. Syukurlah Allah SWT gerakkan Aula untuk bertindak pantas ketika tu.

Mula mula ingat demam biasa jer sebab badan dia memang jenis panas. Tapi tidak sangka pulak boleh seteruk hari tu. Malam tu ok lepas bawak balik dari klinik sekali malam tu dia mengigil. Terperanjat pulak sebab air cond sikit punya sejuk dia kata panas tapi dia mengigil tak ker takut di buatnya. Bila buka lampu hambek ko. Bibir dia dah biru ok, jari semua dah biru dan sejuk tapi bila rasa badan dia macam terbakar. Memang takde tunggu dah tetiba jadi heroin jap aku dukung anak ku yang 24kg tu turun tangga masuk kereta memang dengan baju tidur semua si adik Sarhan pun angkut sekali. Husband aku pun dengan seluar tidur segala. 

Syukurlah masa ni dah sihat sepenuhnya.


Pergi ER di Kuantan Medical Center ( masa tu cuti cuti di kuantan). Ni lah yang saya belajar dan memang Aula nak kongsikan dengan korang supaya standby. Jangan biarkan anak korang demam panas relax relax ye. Memang tak sempat nak ambil gambar ke apa. Tahu jer nurse bukak baju dia badan dan warna biru. Air mata memang tidak dapat di tahan tahan lagi

Ada kala sebagai ibu kita ambil lewa anak demam sikit. Terutama kalo anak itu selalu sahaja demam. Namun di sini saya kongsikan tips bertindak pantas jangan tunggu kerana nyawa anak anda mungkin dalam BAHAYA.

1) pastikan sediakan termometer untuk anak anak anda di rumah. Kerana kadangkala panas yang menyerang di kala kita tengah tidur. So cepat cepat periksa suhu badan anak

2) Jika sudah melebihi 38 degree, curahkan air sejuk ke badan anak. Jika tiada ubat demam masuk bontot, Pakai kan baju dan bawa terus ke klinik atau hospital bahagian emergency.

3) Jangan bertindak bersendirian melainkan anda adalah jururawat atau doctor. Setelah dapat pelepasan dari wad kecemasan. Balik rumah teruskan sponging atau menjeram dengan air dan tuala seluruh tubuh badan anak.Walaupun kadang kadang macam dah turun sebab kesan ubat, ia biasa bersifat sementara, di sini fungsi sponging sangat PENTING.

4) Jeram dengan air ais atau lebih cepat air asam jawa. Ni berkesan tapi tidak boleh berhenti sehingga suhu betul betul turun. Tidak boleh berhenti saya ulang tidak boleh berhenti sehingga suhu badan betul2 turun dan stabil.

5) Pastikan ubat doctor di ambil sepanjang demam. Di samping itu amalkan Air kelapa ssetengah cawan untuk memberi effek Penyejukan badan.

6) Lindungi diri anak dari serangan kembali, lengkapkan diet anak dengan supplement untuk mengelakkan mereka di serang demam berpanjangan dan menguatkan antibodi dari serangan demam sedemikian lagi. Memang Aula pastikan Vitamin mereka sentiasa ada. Dan istiqamah ambil hari hari. Semoga tidak berulang lagi.
Mommies tolong beri perhatian tips ini ye. Sebab ia memastikan anak anak kita di lindungi dan menyelamatkan NYAWA mereka.

INGAT Demam Panas dengan suhu meningkat boleh menyebabkan SAWAN DAN KOMA. Jangan ambil ringan. Ingat tips ini.

Salam sayang,

Aula
Mommy RazHan

012-2522007

January 5, 2012

PETUA BUAT IBU MUDA: 3 Panduan merawat anak kecil demam panas hingga 39 deg-C.

Kenapa sehingga 39 degC? kerana inilah suhu badan anak saya ketika die di serang demam campak. Saya tahu setiap ibu pasti akan menharungi saat ini antara cepat dan lambat. Selalunya keadaan demam berterusan dengan suhu tinggi berkait rapat dengan serangan virus selalunya virus yang membawa demam campak. Dari pemerhatian saya demam ini selalu menyerang bayi yang berumur antara 5-6 bulan.


Baru semalam saya terima sms dari teman rapat yang anaknya juga baru diserang demam panas sehingga 39 degC dan tak turun2 dah dua hari lamenya. Jumpa doctor pun sudah tapi pada doktor tiada apa yang boleh di lakukan melainkan "close monitoring" supaya bayi tidak mengalami muntah2 atau sawan.


Dah Besar anak teruna Mommy!


Bagaimana anda boleh melakukan dari rumah? Inilah panduan yang boleh saya share kan and it work wonders for my son Azib Razim syukur alhamdulilah


1) VITAMIN C- patahkan 2 biji vitamin-C shaklee dan makan. Kemudian susukan bayi anda
2)
AIR KELAPA-  Cari air kelapa, selawat dan beri anak anda minum. Kalo dia tak mahu anda perlu cari alternatif sepeti dengan mengunakan picagari dan beri pada anak anda. Sains di sebalik air kelapa ialah ia adalah penawar kepada penyakit kadangkala demam dengan suhu tinggi adalah di sebabkan demam campak selagi campak tidak keluar selagi itu bayi akan demam. Dan Air Kelapa membantu mempercepat proses ini


3)
AIR ASAM JAWA-Lap badan anak anda dengan air asam jawa sehingga sejuk. Continously lap badan anak anda especially kat kepala sebab tak mahu suhu tinggi menganggu otak nya nanti.

Pada masa yang sama teruskan ubat doktor untuk control demam supaya jangan suhu badan tidak naik mendadak atau shoot-up.



Walaubagaimana sekalipun penjagaan kesihatan tidak terhad hanya ketika sakit. Prevention adalah yang terbaik.


Amalkan pemakanan yang penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, juga amalan pengambilan makanan tambahan untuk anak juga baik.


Seperti saya amalan pengambilan Mealshakes dan OMEGA guard buat Razim bagi memastikan sistem immune tubuh si kecil sentiasa kuat agar pertumbuhan otak dan badan seiring dan berkembang dengan baik.





Harap petua ini membantu. Teruskan doa jangan lupa kerana hanya dia yang boleh mengubati. Kita hanya berusaha..




Anda juga pasti berminat dengan artikel ini.


panduan-untuk-ibu2-apa-perlu-anda-buat

lagi-lagi-meal-shakes-berat-anak



________________________________________________________________




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Love,
Mommy Razim
Nurul Aula A'Akif Fadzil
Shaklee Independent Distributor
012-2522007
aulakif@gmail.com

November 16, 2011

SERING FLU & DEMAM APA KAITAN DENGAN NUTRIFERON SHAKLEE?? 5 SEBAB ANDA PERLUKANNYA

Sejak kebelakangan nie selalu jer saya terbaca status kat dalam FB kengkawan saya yang demam la selsema pening segala penyakit berjangkit. Tambah-tambah cuaca tak menentu dengan pencemaran yang agak kronik sekitar area Kuala Lumpur dan seangkantan denganya.

Paling sayu bila anak-anak kecil pun terkena sama. Saya pun tak terkecuali, cuaca sejuk panas kebelakangan nie memang menguji betul kesihatan saya nie. (baru jer habis telan nutriferon tadie.. pasnie kena tido hehe)

Mesti korang tanye kan eih dah makan supplement tegar pun leh sakit??Ia tergantung pada sistem benteng pertahanan dalam badan kita yakni sistem immuniti kita. Kalo kuat pertahanan jarang la kena serang dan vice versa.
Untuk terus sihat perlu la kita kuatkan sistem pertahanan kita nie kan.

Maka mari saya kenalkan Immune Booster...atau lebih dikenali sebagai Nutriferon.... JOm baca soal jawab tentangnya... (fakta2 dipetik dari shaklee website)
 _______________________________________________________



               Apa itu Nutriferon?

~~~~~Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

               Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya
~~~~Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

               Siapa yang perlukan Nutriferon?
Sesiapa sahaja yang selalu demam / rendah sistem imun dan sebarang penyakit yang berkaitan dengan imuniti/antibodi seperti flu,demam,cancer,asma... tetapi harus diingat yer yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit. Ajal maut ditangan Tuhan..kita sebagai manusia hanya berusaha dan berikhtiar..

               Bagaimana ia bertindak?
~~~~~ Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

               Beri saya 5 sebab kenapa perlu beli nutriferon?
1.            Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
2.            Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
3.            Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
4.            Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
5.            40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
 ____________________________________________________________
New revolution by Shaklee, sudah tentu selamat dan berkesan. Memastikan tubuh kita sentiasa kuat, pengambilan Nutriferon yang konsisten adalah perlu agar pencegahan dapat dilakukan dari awal.  Like the saying always said prevention is better than cure.
Sekian..Selamat malam dan time tido dah saya nie. Jumpa di next Entry..

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Love,
Mommy Razim
Nurul Aula A'Akif Fadzil
Shaklee Independent Distributor
012-2522007
aulakif@gmail.com

March 27, 2011

Panduan Untuk Ibu2- Apa perlu anda buat bila Anak Demam/Flu

Selama ini saya memang takut sangat kalo Lil Raz kena demam or Flu.. Sebab tak sampai hati tengok keadaan die yang tak bermaya… :( I am very dependent on nasal drops and ubat demam when ever this happens..


Razim yang ceria walaupun tengah batuk* ~hearts~

Sebenarnya you all tau tak being to dependent on medicine pun tak berapa bagus….. BEcause it has a lot of side effects…. hurmm.. so maybe you boleh cuba amalkan on ape sharing by kak Norita~

______________________________________________

Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?

  • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 
  • (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang di bahagian tepi kiri dan kanan  anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar. Dan boleh amalkan ini pada waktu pagi,  petang dan malam )
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

___________________________________________________

Well apa yang I buat bila Razim demam and batuk?? hehe I follow exactly alhamdulillah after 2 hari berturut I jadi burung hantu batuk die berkurangan… Tips Doktor Fairuz (my aunty) sila amalkan k… kalo anak sihat sekali pun buat tepukan perlahan 11 kali di belakang and 11 kali di dada.(Tips: jangan guna tapak tangan sebaliknya buat seperti lohong macam dalam pic). Insyallah dada dia akan clear..
Make sure ur tapak tangan macam nie k before tepuk belakang ur anak...

So parents jangan takut and bimbang k! Amalkan petua nie bila anak anda sakit… 

It feels good to share… hemmmmm :)


Love,

Mommy Razim


Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.

Hubungi :
Email :
Yahoo : aulakif@gmail.com
Call/ Whatsapp : 012-2522007
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign