Namun tidak perlu lah bersedih atau putus asa kerana mungkin pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak mengetahui punca jerawat itu sendiri menyebabkan rawatan yang kita dapatkan kurang bersesuaian.
PUNCA JERAWAT
1) Hormon- peningkatan Androgen secara mendadak di dalam tubuh menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit. Bila ini berlaku ia akan menyebabkan pori pori membesar ( atau membengkak) dan menyebabkan bakteria membiak2) Pengambilan ubat ubatan yang mengandungi androgen dan Lithium mungkin akan menyebabkan jerawat.
3) Penjagaan kulit yang tidak bersih dari make up yang mengandungi banyak minyak juga menyebabkan jerawat pada sesetengah orang
4) Menurut kajian oleh Academy of Nutrition and Dietetics, Pengambilan makanan yang mengandungi Glisemik Index yang tinggi seperti nasi, roti putih, kentang dan sumber karbohidrat dengan gula ringkas.
UBAT JERAWAT
Bila jerawat menjadi tidak terkawal ia akan menyebabkan ramai yang mengambil jalan terbaik iaitu berjumpa dengan pakar kulit. Kebanyakan doktor akan memberi preskripsi ubat jerawat yang biasanya untuk menghilangkan bekas jerawat di kulit dan kurang kepada merawat punca.Di samping itu ubat jerawat yang di beri juga biasanya memberi kesan sampingan yang tidak enak dan jika di ambil berterusan mungkin memberi kesan buruk pada sistem dalaman badan kita
Cara Menghilangkan Jerawat secara semulajadi
Setiap jerawat pasti ada puncanya maka, jika kita tahu apa puncanya maka lebih mudah kita mengawal malah menghapuskan masalah dari akarnya, ini antara tips mudah yang boleh di amalkan bagi membantu masalah jerawat
1) Kawal pemakanan- ikut nasihat doktor, kurangkan pengambilan makanan yang terlalu berminyak dan kenal pasti makanan yang akan menyebabkan jerawat anda naik. Kurangkan pemakanan yang tinggi gula dan tinggi kandungan karbohidrat kerana ini adalah sumber makan high glisemik indexnya
2) Banyakkan buah buahan dan sayur- sayuran, kerana ini adalah sumber beralkali yang boleh membantu menghapuskan pertumbuhan bakteria dan yis yang suka kan kawasan berasid di dalam tubuh. Cara yang paling mudah bagi yang tidak gemarkan sayur sayuran amalkan pengambilan ALFALFA untuk memberi sumber alkali kepada badan di samping membantu proses detox dari dalam usus itu sendiri ( di mana banyak bakteria suka membiak dan akan bergerak ke kawasan yang mudah untuk membiak di kawasan luka dan sinusitis)
3) Jaga kebersihan muka- elakkan pemakaian produk muka yang berasaskan minyak dan rajin amalkan pemakaian make-up remover sebelum mencuci muka dengan pencuci.
4) Kawal pengeluaran minyak sebum pada kulit dengan mengawal atur keseimbangan hormon di dalam badan. Amalkan pengambilan sumber Omega-6 di dalam diet. antara makanan yang kaya dengan Omega-6 ialah biji bunga matahari, sumber kekacang, minyak bunga borage (GLA Complex), minyak bunga prime rose ( EPO), roti whole-grain.
Mudah jer kan? Yang penting nak kena disiplin dan konsisten. Bagi yang cuba alternatif dengan mengamalkan supplemen, hubungi saya Aula di aulakif@gmail.com atau wassap saya di 012-2522007.
Kecantikan anda kepakaran saya, dan dapatkan produk dan konsultasi sepanjang pengambilan supplemen, lengkap dengan jadual makan dan group exclusive khas untuk customer Mommy Razim.
Salam Sayang,
Nurul Aula
Mommy Razim,
Senior Coordinator
012-2522007
aulakif@gmail.com