May 13, 2015

Pindah Rumah.. Rizalman I Want You

Pindah rumah dah kami. Alhamdulilah. MAsih dalam proses nak mencantikkan rumah lagi. Time time gini la perlukan interior designer. Tapi fee dia belum mampu sekarang ni. So kita layan tengok majalah dengan website Houzz la nak dapat idea hehe. Owh Rizalman kalo lah aku mampu nak hire kamu.

Apa pun Syukur dengan rezeki yang di pinjamkan oleh Allah SWT, dapat kami duduk rumah sendiri walaupun tak lah jauh dari mama dan abah hehe :)

Proses modifikasi ambil masa 3 minggu dan sangat berpuas hati dengan kerja kontraktor kami. Orang Melayu kita bagus kerjanya tak banyak kerenah layan jer banyak soal kami.

Hasil kerja sangat berpuas hati la. Tak dapat nak bercerita panjang so layan gambar ok. Nanti dah siap sepenuhnya saya share lagi ok.

  



       


     

      

     


        

     


Owh rumah baru kami di Juta Mines Condominium. Kenapa kami pilih duduk di rumah bertingkat dan bukan rumah tanah? sebab kami rasakan mudah nanti nak di sewakan kepada pelajar pelajar UPM dan jadikan aset jika kami pindah dari KL.

KL atau selangor lebih mudah dan selamat nak duduk di condominium berbanding rumah tanah. Harga nak dibandingkan juga agak mahal berbanding rumah atas tanah tapikemudahan dan fleksibility nak menjual ataupun sewa, buat kami memilih rumah bertingkat.


Rumah bertanah? Insyallah nak beli tanah dalam 5 tahun lagi di lokasi sekitar pantai timur. kalo boleh tepi laut lagi best hehe ala ala HAwaii pulak kan. Nak pastikan Shaklee bayar kan semua. 

So korang beli rumah kat mana? apa pilihan you all?

Selamat Berkongsi.

Salam sayang
Mommy Razhan









Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign