December 3, 2014

Al-Fatihah Buat Adik Muhammad Aliff dan Sarah Shukri

Salam malam. Agak menyentuh hati saya kerana 2 orang teman saya kehilangan anak kesayangan mereka. Sebak memikirkannya namun Tuhan lebih sayangkan mereka



Adik Muhammad Aliff anak kepada puan Norhashimah meninggal pada bulan Februari yang lalu. Walaupun saya tak rapat dengan Puan Shima tapi saya adakalanya saya memang hubungi customer saya. Lama juga tak berhubung kerana beliau menyepi jer. Tup tup dikabarkan dengan berita menyentuh jiwa ini. Saya sedekahkan al fatihan buat arwah semoga rohmya di cucuri rahmat. Ameen

Arwah Sarah Shukri pula puteri kepada teman saya di pejabat Shukri Ismail. Berita pemergian beliau pada Sabtu lalu meruntun hati saya kerana memang saya selalu follow up dengan Shukri ni, kerana sejak lahir Arwah sarah di sahkan menghidap jantung berlubang dan beberapa kondisi yang lain. Saya berdoa semoga arwah tenang. Dan Shukri dan isteri tabah menghadapi dugaan ini.

Saya tidak punya gambar mereka namun saya simpan segala memori di otak saya. Kerana lain orang lain dugaan nya. Semoga mereka tenang di sana dan ibu bapa tabah di sini. Saya kagum dengan mereka kerana tabah jikalau saya tak tahu saya mampu ke tidak hadapinya.

Ameen.

Salam Sayang,
Mommy RazimSarhan,
Aula
Senior Coordinator Shaklee
aulakif@gmail.com
012-2522007


Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign