December 13, 2011

CARA PALING MUDAH MEMERANGI SELULIT?? SAYA PILIH DIET SELULIT..

Salam Petang peeps…
Lame betul tak update maaf la minggu lepas sibuk menguruskan anak dan urusan kerja dan part time business superwoman gitu.
Apepun saya tetap setia untuk anda bagi pembaca setia blog saya.

Di entry yang lalu sudah saya ceritakan pengalaman mengembirakan buat saya tapi lepas membaca artikel ini lebih best lagi hihu…

Selulit adalah antara musuh wanita paling ketat tidak kira baik yang tua atau yang muda. Secara ringkasnya, selulit adalah lebihan lemak yang muncul pada bahagian kulit yang berkedut (uwaaa takut). HAti siapa yang tak sedih ye tak melihat masalah kulit muncuk di paha, punggung, perut dan lengan.

Muka cantik macam mane pun tentu menjadi kurang kalo terlihatkan masalah nie.

So bukan saja jerawat, jeragat, kelemumur, kulit kering  menjadi musuh wanita nie temasuklah SELULIT (banyak pulak musuh nie kan).

So bila terbaca artikel nie di majalah RAPI adalah HARUS saya share pada anda sumer yer.
Picture credit 

 ___________________________________________
Pakar kulit Hollywood Horward Murad MD dan penulis buku “ The Cellulite Solution” memberitahu selulit bukanlah masalah lemak sebaliknya ia adalah sejenis masalah kulit. Tidak kiralah anda mengalami berat badan yang lebih kurang atau kurang selulit tetap berpotensi untuk menyerang. Lemak punca selulit tidak sama dengan lemak yang menukarkan anda daripada size S ke size XL. Lemak ini tersimpan jauh di bawah kulit dan kedudukannya hampir dengan tulang kita. Inilah yang tubuh kita gunakan untuk membakan makanan sebagai tenaga.

Dalam erti kata lain, selulit terhasil daripada saki baki sel lemak yang ada di dalam kulit. Ia tidak boleh di bakar sebagai tenaga. Oleh itu, tindakan kita untuk berdiet, bersenam bahkan liposuction juga tidak boleh menghilangkan selulit sepenuhnya.

Punca sebenar selulit belum Berjaya ditemui oleh para doctor, tetapi secara kesimpulan mereka percaya kunci utama ialah hormon dan anatomi. Menurut Bruze  Katz, MD bukti terbaik yang menunjukan pertambahan selulit bukanlah hormon  semata-mata tetapi juga anatomi yang dikenali sebagai SEPTA.
Ia adalah sekumpulan tisu berserabut yang mengelilingi sel lemat dalam kulit.

Di dalam wanita SEPTA ini bergerak secara menegak. Sewaktu muda septa tidak menjadi masalah, ini kerana pergerakan septa berfungsi dengan baik untuk memastikan selulit tersimpan elok  di lapisan kulit paling bawah. Tetapi sebaik usia meningkat septa elastik ini akan menjadi lebih keras dan sukar. Apabila ia menghampiri sel selulit yang mane akhirnya ia mula merubah pergerakan bentuk asalnya.

Katz berkata, apabila septa ini bergerak secara menegak, hasilnya ia akan memberikan kesan seperti bentuk permukaan tilam. Sel lemak akan menolak di antara satu same lain dan akhirnya membentuk lekukan yang dikenali sebagai selulit.

So APA PILIHAN ANDA UNTUK MEMERANGI SELULIT??
  • Krim dan Losyen yang berasaskan cafein- dimana ia diyakini mampu menarik cecair keluar di antara ruang sel dan turut memaksa prose’s liposis iaitu pembakaran lemak di bawah permukaan kulit. Di dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal “Dermatologic Surgery 1999” penyelidik mendapati yang krim “methylxanthine” mengurangkan sel lemak di dalam kulit dengan kesan ketara dalam masa LAPAN Minggu sahaja.

  • DIET SELULIT- Jika proses berdiet dipercayai tidak mungkin membantu tetapi DIET yang memberi makan pada kulit mungkin idea yang baik seperti kata Murad. Makanan yang kaya dengan khasiat seperti LECITHIN asid lemak penting, asid amino dan antioksidan mengurangkan radang selular mengurangkan cecair dan meningkatkan pengaliran di dalam sel kulit paling dalam. Semua ini saling membantu untuk menguatkan membren sel dan menghalang selulit muncul di permukaan kulit.
Idea ini tidak lain merangsang  penghasilan kolagen demi membina lapisan tengah antara tisu penghubung dan juga memperbaiki pengaliran darah.

Antara makanan terbaik yang disarankan untuk mengurangkan selulit ialah terlur, kacang soya, bunga kobis, mentega kacang, minyak zaitun dan kanola, beri, buah belima, goji berries dan buah-buahan sitrus seperti oren.

Apapun yang perlu ditekan kan, diet yang sihat juga membantu memngurangkan masalah pengumpulan air yang mana inilah cara terpantas mengurangkan kesan selulit.


____________________________________________

Secara keseluruhan ini yang saya pilih semua yang natural, penggunaan laser ataupun bendasing pada kulit saya tidak berapa gemar. Sebab saya percaya semua yang cantik bermula dari dalam. Hua-hua. Apapun sumer punya pilihan kan?? Jadi apa pilihan saya untuk MERAWAT DAN MEMERANGI SELULIT??


1)   LECITHIN-  Nature’s Emulsifier  memecah serta mencairkan lemak terutama  kolestrol dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah

2)   VITAMIN C-  berfungsi membentuk kolagen yang penting dalam memelihara saluran darah yang sihat

3)   OSTEOMATRIX- Pil Kalsium berserta magnesium yang penting dalam pembentukan tulang dan mengeluarkan hormon & enzim badan serta mengurangkan masalah pengumpulan air ataupun water retention di dalam tubuh

4)   GLA- Asid lemak yang baik membantu dalam kehilangan berat badan dengan menyikirkan lebihan berat badan..



Hah tu dia.. So ape lagi semua penyakit ataupun masalah ini ada penawarnya insyallah yang penting kena USAHA, BERDOA dan BERDOA. Kerana semua itu kehendak NYA, maka pada DIA lah kita berdoa insyallah USAHA kita akan membuahkan hasil.

___________________________________________



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Love,
Mommy Razim
Nurul Aula A'Akif Fadzil
Shaklee Independent Distributor
012-2522007
aulakif@gmail.com




1 comment:

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign