February 15, 2015

Segmen Kesyukuran

Salam malam korang. Tadi masa blogwalking ade terbaca blog, terlupa pula nak save tadi. tapi beliau berkongsi tentang syukur. kadang kadang kan setiap hari lebih kepada bersungut jer kan. Setiap hari ade sahaja benda yang nak di sungutkan. Sampai kita lupa banyak benda yang kita nak syukurkan.

Jadi saya ingin menulis 10 perkara yang saya syukurkan. Semoga ia menjadi amalan yang berterusan setiap hari.


So here it goes

1) Saya bersyukur kerana masih di pinjamkan 2 orang anak lelaki yang handsome dan sihat walfiat
2) Saya bersyukur masih dipinjamkan kesihatan tubuh badan yang baik dan masih berfungsi
3) Saya bersyukur mempunyai suami yang penyayang dan sanggup berkorban apa sahaja untuk membahagiakan keluarganya
4) Saya bersyukur masih di pinjamkan ibu bapa yang masih sihat untuk sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk kejayaan saya
5) Saya bersyukur masih mempunyai perkerjaan yang halal dan gaji yang cukup untuk saya dan keluarga saya
6) Saya bersyukur mempunyai bisnes leaders yang hebat dan rajin serta tidak mudah putus asa dalam perjuangan untuk berjaya di dalam bisnes
7) Saya bersyukur kerana di kurniakan panca indera yang masih berfungsi untuk saya lihat benda yang baik baik, dengar benda yang baik baik dan berkata benda yang baik baik
8) Saya bersyukur kerana mempunyai customer yang setia dan sentiasa repeat order dari saya.
9) Saya bersyukur kerana di kurniakan income kedua dari bisnes Shaklee yang cukup untuk menampung perbelanjaan dan menjadi simpanan 
10) Saya bersyukur kerana di pinjamkan ibu bapa mertua dan keluarga mertua yang baik dan menyayangi diri saya seadanya.


Itulah list saya. Korang pulak macam mana? cuba korang buat benda ni insyallah memang terasa perbezaan dia. Bila tulis ni pun terasa perubahan positif dia. Small things that matters,


Kecantikan anda kepakaran saya, dan dapatkan produk dan konsultasi sepanjang pengambilan supplemen, lengkap dengan jadual makan dan group exclusive khas untuk customer Mommy Razim.

Untuk  tempahan dan mendapatkan khidmat konsultasi boleh hubungi saya di aulakif@gmail.com @ 012-2522007

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Salam Sayang,
Nurul Aula
Mommy Razim,
Senior Coordinator
012-2522007
aulakif@gmail.com
Saya adalah pakar kecantikan anda.

2 comments:

  1. bersyukur apa ada nya insya allah lepas kaknoor pun nak tulis jugak..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kena selalu bersyukur barulah kita menghargai nikmat hidup. Kalau asyik bersungut aje, memang selamanya tak dapat nak menghargai hidup yang singkat ini.

    ReplyDelete

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign