January 10, 2014

VIVIX Testimony~ Membawa KENANGAN INDAH pada PESAKIT SLE

Bila kita bercerita pasal VIVIX, first thing datang ke minda pasal awet muda la, tenaga la.. Tapi ia lebih dari itu. Kerana sifatnya yang unik , ia bisa membantu membaikpulih dan memberi tenaga pada tahap sel. 


VIVIX sememangnya saya galakkan bagi mereka yang sudah berumur, di diagnose dengan pelbagai penyakit seperti penyakit 5 serangkai ( Sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol), TUMOR, KANSER atau ketumbuhan yang lain.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu tentang kisah SLE. Penyakit yang lebih di kenali sebagai penyakit antibodi yang menyerang tubuh pesakit itu sendiri. Ia lebih kepada permasalahan sistem tubuh yang bercelaru dan jika dibiarkan boleh membawa maut. Saya tak pernah peduli dengan penyakit2 seperti ini sehingga anak bisnes saya sendiri mempunyai pengalaman yang menyentuh jiwa. So saya kongsikan sedikit kisah bagaimana VIVIX memberi nafas baru pada adik beliau. Kisah penuh boleh di baca di blog beliau

_________________________________________________


SLE ini juga digelar penyakit seribu wajah. Kerana simptom-simptom yg dialami berubah mengikut individu. Macam kes adik saya, beliau asalnya kena demam yg terlalu panas, mendapat ruam dan rambut gugur yang sangat banyak..sehingga beliau menjalani ujian bone marrow untuk mengesahkan penyakit ini. Beliau pernah tinggal di hospital setahun. Berpindah-pindah hospital untuk mendapat rawatan kerana kerap kali diserang SLE. Kehidupan kami sekeluarga dengan hospital macam tak boleh berpisah. Setiap kali pergi rawatan susulan adik saya sudah siap-siap bawa beg. Pasti kena tahan wad untuk dapatkan rawatan.

Adik saya pernah menjalani pembedahan di selaput kepala kerana dijangkiti kuman. Untuk makluman adik saya banyak kali menghadapi pembedahan termasuk memasang chemo port di dalam badan adik saya. Dan setiap kali itulah peluang tipis untuk hidup sering diberitahu oleh doktor. Adik saya seorang yang sentiasa positif, pada beliau..jika Allah kata sudah tiba masanya..beliau redha. Dia tidak pernah menangis, sangat tabah. Ini yang membuatkan kami sekeluarga perlu menjadi lebih tabah. Kami tidak boleh menangis di hadapan beliau. Tidak boleh kerana semangat kental beliau menghadapi serangan SLE.

Antara sebab saya bersama Shaklee adalah SLE. Adik saya mengambil Shaklee Vivix untuk mengawal tahap kesihatannya. Hanya sesudu teh sehari. Sebelum mengambil Vivix, berpuluh-puluh jenis ubat dan vitamin dibekalkan oleh hospital untuk mengawal serangan SLE dan organ adik saya dari rosak. Orang SLE ni ibarat seperti bayi. Malah boleh saya katakan tahap imunisasi mereka mungkin lebih lemah dari bayi. Mereka akan mudah tertedah pada jangkitan kuman. Maka kita sebagai ahli keluarga kena pastikan persekitaran rumah mereka bersih, tenang dan mesra. Untuk adik saya, saya perlu lakukan sesuatu. Mencari informasi, mencari penyelesaian dan apa sahaja agar kami sekeluarga sama-sama boleh menghadapi serangan SLE.

Semasa beliau mula mengambil Vivix, sekitar 3 minggu, beliau pergi untuk rawatan susulan, ada berita gembira yang beliau kongsikan dengan kami. Doktor mengesahkan keputusan darah adik ada kemajuan. SLE tidak aktif berbanding sebelum ini. Malahan pengambilan ubat berkurangan jenis dan bilangannya. Yang paling rasa syukur, beliau kembali ke rumah semula bersama beg berisi baju yg selalu menjadi teman di hospital. Kali ini, tak perlu kembali ke sana. Alhamdulillah. Syukur padamu ya Allah.

___________________________________________

Syukur Alhamdulilah. Lama sudah Puan Ereen nak share kisah nie tapi kerana ia begitu dekat di hati beliau, lama jugak la dia nak update.
 
Kini ia telah pun dikongsikan semoga bermanfaat pada kita semua dan terus dikongsikan lebih banyak lagi dengan menekan butang Share.

Tiada yang lebih gembira bagi saya kerana  berkongsi tentang  produk VIVIX pada puan Ereen dan ia telah membantu memberi nafas baru pada adik beliau. 

Supplement adalah sokongan pada perjuangan menghadapi SLE namun selebihnya kita serahkan PAda yang Maha Berkuasa.

Untuk khidmat konsultasi dan tempahan produk SHAKLEE sila hubungi saya di aulakif@gmail.com atau
 012-2522007

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Love,
Amazing Mommies
Nurul Aula A'Akif Fadzil
Shaklee Independent Distributor
012-2522007
aulakif@gmail.com












Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign