Aula
Agen WERDA EXCLUSIVE Kuala Lumpur
Saya bukanlah seorang yang rajin masak. Tapi bila ade resepi mudah terutama dari mama saya memang saya akan cuba dan most of the time memang senang sangat (katenya!!).
En suami pula memang teramat la suka ayam masak merah, tak pernah mommy masak, sebab bila nak masak jer mesti my mama dah masakkan takpun mak mertua masakkan hehee alasan sangat. So akhirnya saya berjaya masak dan semua kata sedap ahaksss nak kembang ke nak bangga tak tau sebab senang bebeno.
Ok here goes nothing. Sorry gambar tak sempat sebab sap sap sui masaknya. So tinggal gambar akhir jer. Hehe
BAHAN BAHAN
BAHAN A
5 Genggam cili kering ( dipotong dan di rebus)
3 biji bawang merah sederhana besar
3 biji bawang putih
* kisar semua bahan di atas*
Bahan B
500 gram ayam yang sudah di potong dan dibersihkan
1 tin besar Tomato soup- kimball
1/4 tin kecil tomato puree- kimball
3-5 sudu besar bahan A (ikut nak pedas mana)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA- CARA MASAK
1) Goreng ayam terlebih dahulu goreng kosong tak perlu letak garam atau kunyit sebagainya
2) Panaskan minyak, goreng cili sehingga garing (bukan hangus)
0ppp
3) dah garing masukkan satu tin tomato soup, kacau dan biarkan mendidih sedikit
4) Masukkan tomato puree untuk memekat, takyah banyak rasa takut masam pula nanti
5) tambah garam dan gula secukupnya ikut nak rasa mana.
6) masukkan ayam yang telah di goreng, gaul dan biarkan ia sebati di dalam kuah. Didihkan Sehingga kering sedikit.
Siap. Jemput makan Azib razim 2 pinggan hehe so mommy happy Razim and daddy pun suka so mission accomplish.
Wah Jumaat Dah…
Aritu dah share dah ape benda ESP tu kebaikan nya. Harinie saya nak share mengapa ESP menjadi kegilaan sejak akhir-akhir nie terutama wanita-wanita.
Kalo dikalangan ibu-ibu menyusu, dia bukan jer membantu tubuh2 ibu-ibu nie makin sihat agar penghasilan susu lebh meriah tetapi buat Puan Nurain XX beliau juga dapar KURUSKAN BADAN+SUAMI SAYANG+ KULIT GEBUS+ LICIN
hahhhh hamekkk sapa yang taknak kan?? Of course la nak. KELEBIHAN ESP semakin TERSERLAH NIE!
So Jom kit abaca luahan hati Puan NN Sharing by Za Fair
“ Saya nak share gak!... saya jatuh CINTA dengan ESP bila tau ESP nie boleh tambahkan SUSU badan sebab susu saya selalu drop. Malam-malam anak asaya mesti tak lena dan asyik nak menyusu jer.. mungkin sebab dia kurang puas menyusu. Saya pun rasa penat sangat sebab tido malam tak cukup. So saya tekad saya perlukan something untuk anak saya dan diri saya sendiri. Tanpa piker mahal atau murah saya terus grap ESP Shaklee. Mula-mula minum campur milo. Rase die sungguh mikmat. Baru 2-3 hari minum saya dah rasa perubahan. SUSU MAKIN PEKAT, anak saya JARANG JAGA MALAM untuk menyusu dan badan saya rasa ringan dan sihat, Masalah utama saya dah selesai. TAPI yang mengujakan saya dengan ESP ni saya dapat EXTRA BONUS. Bukan RM ok lebih berharga dari RM. Saya dapat rasa hubungan saya dan suami makin intim, makin terlebih-lebih saying dia kat saya sebab katanya kulit saya gebu dan licin. Cik “B”makin mantap dan rambut saya makin lembut je. Seronok rasanya bila dapat beri yang terbaik untuk suami. Suami suka dan saying rumah tangga sangat bahagia.
Lagi satu saya perasan berat saya turun dari 62-59kg x sampai sebulan saya amalkan ESP. Insyallah saya akan teruskan ESP cinta terbaru saya , dan ESP wajib untuk generasi saya yang akan datang”
Hah tu dia sharing powerrr giteww. Bila dah baca rasa nak cuba kan kan? So tiada masalah korang boleh cuba hari ni juga.
Ramai yang jatuh cinta berkali kali. dan jatuh cinta lagi, jadi apa yang korang tunggu lagi?
HARGA hanya 150
Cara Order
PM atau WASSAP- 012-2522007
Email- aulakif@gmail.com
MANFAAT anda akan dapat
Konsultasi PERCUMA Sepanjang pengambilan dan selepas pengambilan
Rebate HARGA tertakluk pada TERMA dan SYARAT
Group ESKLUSIF untuk customer customer
Cepat jangan ketingalan
Salam Sayang
Aula
Mommy Razhan
Senior Coordinator
aulakif@gmail.com
012-2522007
Nyamanya Air Kelapa Nyumm |
KOntrol Macho sangat haihhh |
Iron Man Rainbow Cake from KULCATS |
Classmate Razim ELA 2015 |
SUMBER GOOGLE |
Siapa pernah tertinggal handphone dan handphone less untuk hari itu??
Apa rasa? Hahaa memang gelabah la kan.
Saya la tu boleh pulak tertinggal handphone semalam dah sampai ofis baru sedar. Haihh dah la tengah tunggu order order dari customer. Nombor telifon suami langsung tak hafal. Apa apa wassap. Memang frust la no connectivity katanya.
Tapi setiap berlaku tu pasti ade asbab nya kan. Jadi bermula la detik buka email pepagi. Tak pernah la mak check gmail pepagi buta. Hari ni baru la beremail bagai. Nasib la suami ku rajin check email.hahaha selamatt.
Petang baru la daku bertemu kembali dengan handphone ku. Fuhh macam jumpa boifren dah kekdahnya.
Apa tak berkepit jer dengan handphone. Wassap 72 unread, telegram 124 unread, FB 24 post updates aiyohhh.
Kadang kadang ada baiknya berjauhan seketika boleh keep in touch dengan sistem lama pakai email hehe.
Korang pernha kena tak??
Cer share pengalaman korang.
Salam Sayang,
Aula
Amazing Mommies
012-2522007
Pernah korang tertanya tanya apa dia agaknya Batu karang ni. Dari pemahaman saya ia adalah batu yang terbentuk akibat cecair hempedu yang mengeras akibat ketidak seimbagan kimia dalam hempedu.
Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.
FUNGSI HATI
Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda.
Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.
Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.
Apakah tanda-tandanya?
》Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
》Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.
Bagaimana batu dalam hempedu diubati?
Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat. Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.Bukan pembedahanBatu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan.
Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
》Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
》Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.
Perlukah kita berpantang?
ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
♢Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
♢Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
♢Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
♢Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
♢Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
♢Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
♢Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
♢Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
Syukurlah kita masih di lindungi dari merasa kesakitan penyakit Batu karang. Namun jangan ambil ringan kesakitan di bahagian abdomen, dan mendapat simptom seperti di atas. Dah kronik nanti sendiri yang sakit. Jaga kesihatan
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang
☆B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
☆Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman
☆Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang.
☆Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
☆Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi
☆Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
☆Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut
Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign