March 27, 2011

Panduan Untuk Ibu2- Apa perlu anda buat bila Anak Demam/Flu

Selama ini saya memang takut sangat kalo Lil Raz kena demam or Flu.. Sebab tak sampai hati tengok keadaan die yang tak bermaya… :( I am very dependent on nasal drops and ubat demam when ever this happens..


Razim yang ceria walaupun tengah batuk* ~hearts~

Sebenarnya you all tau tak being to dependent on medicine pun tak berapa bagus….. BEcause it has a lot of side effects…. hurmm.. so maybe you boleh cuba amalkan on ape sharing by kak Norita~

______________________________________________

Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?

  • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 
  • (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang di bahagian tepi kiri dan kanan  anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar. Dan boleh amalkan ini pada waktu pagi,  petang dan malam )
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

___________________________________________________

Well apa yang I buat bila Razim demam and batuk?? hehe I follow exactly alhamdulillah after 2 hari berturut I jadi burung hantu batuk die berkurangan… Tips Doktor Fairuz (my aunty) sila amalkan k… kalo anak sihat sekali pun buat tepukan perlahan 11 kali di belakang and 11 kali di dada.(Tips: jangan guna tapak tangan sebaliknya buat seperti lohong macam dalam pic). Insyallah dada dia akan clear..
Make sure ur tapak tangan macam nie k before tepuk belakang ur anak...

So parents jangan takut and bimbang k! Amalkan petua nie bila anak anda sakit… 

It feels good to share… hemmmmm :)


Love,

Mommy Razim


Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.

Hubungi :
Email :
Yahoo : aulakif@gmail.com
Call/ Whatsapp : 012-2522007
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign