Pages

August 4, 2015

Perlukah Vitamin Buat Ibu Menyusu?

Tidak di nafikan tidak semua ibu ibu yang bersetuju dengan pengambilan vitamin ketika menyusukan bayi terutama kepada ibu ibu hardcore kepada penyusuan exklusif. Bukan semua ibu begitu namun ade yang begitu menyangkal kepentingan vitamin dalam penyusuan ibu.

Penyusuan Ibu- courtesy of google

Saya bukan lah hebat sangat dalam penyusuan ibu, Saya mula mengambil supplement kerana terasa begitu berbeza penyusuan ibu sebelum dan selepas pengambilan. Ia bukanlah pada kuantiti namun lebih kepada penjagaan kesihatan dan dalaman ibu itu sendiri.
Namun ade pula yang mempersoalkan bahaya ia terus masuk kedalam susu dan amat berbahaya kepada bayi yang minum susu ibu. Di sini saya tekan kan bahawa pengambilan vitamin amat penting dengan ilmu. Bukan sebarang hentam kromo ye.

Berikut mari kita fahami apakah vitamin yang perlu di ambil oleh ibu menyusu.

MULTIVITAMIN

Seperti semasa kita mengandung, kita mengambil multivitamin terutamanya zat besi kerana, ibu ibu banyak kehilangan darah ketika bersalin dan ia amat penting ok. Dan kebanyak vitamin di dalam multivitamin larut air, dan vitamin yang larut air tidak meningkatkan dos vitamin pada susu ibu itu sendiri walaupun ibu tersebut ambil vitamin yang berlebihan dos.

Kalsium dan VITAMIN-D

Susu ibu mempunyai vitamin lengkap dengan enzim dan anti bodi. Dan susu tersebut akan di hasilkan dalam cara yang amat kompleks oleh tubuh ibu itu sendiri. Dan ibu yang menyusukan bayi memerlukan sehingga 1000mg kalsium bukan lah untuk menghasilkan susu tetapi adalah keperluan ibu itu sendiri. Kalsium meninggalkan tulang ketika penyusuan bayi. Maka sangat penting ibu ibu yang nak kekal cergas dan mengelakkan keguguran gigi untuk mengambil Kalsium yang mencukupi

B-Complex

Ibu yang tidak makan terlalu banyak sumber daging, amat memerlukan B12 dalam diet mereka. Maka adalah sangat penting ibu ibu mengambil tambahan Vitamin B dalam diet mereka. Selain dari itu, B-Complex juga sangat penting dalam mengatasi keletihan melampau yang kadankala mencabar kesabaran ibu ibu yang mahu menjayakan penyusuan ibu.

Protin

Lain ibu lain keperluan namun menurut University if Michigan Medical School- mencadangkan ibu ibu yang menyusukan mendapatkan sekurang kurangnya tambahan 15 gram lebih dari keperluan harian biasa atau lebih mudah iaitu 71gram setiap hari.
Mendapatkan sumber protin bukanlah masalah namun mendapatkan sumber protin yang berkualiti adalah cabaran utama. Protin haruslah mengandungi 9 element penting asid amino yang membekalkan nutrisi lengkap pada protin. Ini termasuklah Histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phynelalanine, threonine, tryptophan dan valine.

Nasihat saya, dapatkan pakar nutrisi untuk memberi nasihat penuh kepada ibu ibu yang sedang menyusukan. Sebab ia bukanlah untuk kualiti susu itu, namun lebih kepada ibu itu sendiri. Agak mencabar juga sekarang ini untuk mendapatkan diet seimbang terutama ibu ibu bekerjaya, isteri dan menguruskan hal rumah tangga dalam satu masa.
Maka pengambiln vitamin memastikan ibu ibu itu sendiri sihat cergas dan bila system tubuh itu teratur, dan panduan penyusuan di patuhi sepatutnya tidak timbul lagi masalah susu merundum dan sebagainya. 

Badan nak pakai lama tau, tambahan pula kita ni wanita kan? Nak jadi superwoman, supermom, superwife dan segalanya super tak ke sepatutnya kita juga ambil super vitamin?

Salam Sayang,
Aula
Amazing Aula

2 comments:

  1. Cara Menyimpan Jika Kita Makan Gaji.
    ===

    Salah satu kriteria mereka yang kaya harta adalah tabiat menyimpan yang konsisten. Maka kita perlu ada strategi untuk membina tabiat menyimpan yang konsisten ini.

    Sambung baca di ---> http://notaduit.com/?tag=info

    ^^

    ReplyDelete
  2. pembahasannya menarik, makasih banyak ya

    ReplyDelete

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign