Pages

September 21, 2015

Resepi Ayam Masak Merah paling senang

Saya bukanlah seorang yang rajin masak. Tapi bila ade resepi mudah terutama dari mama saya memang saya akan cuba dan most of the time memang senang sangat (katenya!!).

En suami pula memang teramat la suka ayam masak merah, tak pernah mommy masak, sebab bila nak masak jer mesti my mama dah masakkan takpun mak mertua masakkan hehee alasan sangat. So akhirnya saya berjaya masak dan semua kata sedap ahaksss nak kembang ke nak bangga tak tau sebab senang bebeno.

Ok here goes nothing. Sorry gambar tak sempat sebab sap sap sui masaknya. So tinggal gambar akhir jer. Hehe 

BAHAN BAHAN

BAHAN A
5 Genggam cili kering ( dipotong dan di rebus)
3 biji bawang merah sederhana besar
3 biji bawang putih
* kisar semua bahan di atas*

Bahan B

500 gram ayam yang sudah di potong dan dibersihkan
1 tin besar Tomato soup- kimball
1/4 tin kecil tomato puree- kimball
3-5 sudu besar bahan A (ikut nak pedas mana)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA- CARA MASAK

1) Goreng ayam terlebih dahulu goreng kosong tak perlu letak garam atau kunyit sebagainya

2) Panaskan minyak, goreng cili sehingga garing (bukan hangus)
0ppp
3) dah garing masukkan satu tin tomato soup, kacau dan biarkan mendidih sedikit

4) Masukkan tomato puree  untuk memekat, takyah banyak rasa takut masam pula nanti

5) tambah garam dan gula secukupnya ikut nak rasa mana.

6) masukkan ayam yang telah di goreng, gaul dan biarkan ia sebati di dalam kuah.  Didihkan Sehingga kering sedikit.

Siap. Jemput makan Azib razim 2 pinggan hehe  so mommy happy Razim and daddy pun suka so mission accomplish.

   


Salam Sayang
Aula
Mommy RazHan
Amazing Mommies

1 comment:

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign