Pages

December 25, 2014

11 Persediaan Hadapi Banjir

Kita semua di kejutkan dengan pelbagai berita yang menyayat hati.. Kelantan, Terengganu dan Pahang di tengelami air.

Bagi kawasan yang masih dalam pemantauan di sini saya kongsikan SUMBER

PERSEDIAAN HADAPI BANJIR

Banjir?

Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang luas. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa. Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir.

Apa Yang Menyebabkan Banjir Berlaku?

1. Hujan yang berterusan

2. Proses pembandaran

3. Hakisan sungai

4. Pemusnahan hutan

5. Sistem perparitan tidak terancang

Apa Kesan Yang Ditinggalkan Banjir?

1. Kerosakkan fizikal- Struktur bangunan rosak akibat limpahan air dalam tempoh yang panjang dan tanah runtuh juga mungkin berlaku.

2. Pencemaran bekalan air - Air bersih sukar dicari dan timbul masalah penyakit bawaan air.

3. Kemusnahan kawasan tanaman/pertanian -bekalan makanan berkurangan

Apa Yang Patut Kami Buat?

Sebelum Banjir

1. Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.

2. Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.

3. Pastikan lokasi pusat pemindahan.

4. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.

5. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.

6. Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.

7. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.

8. Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.

9. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.

10. Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.

11. Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan.

12. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.

Semasa Banjir

1. Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.

2. Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.

3. Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.

4. Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.

5. Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.

6. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui radio dan televisyen.

7. Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.

8. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh

9. Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.

10. Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.

Selepas Banjir

1. Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.

2. Periksa keadaan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.

3. Masuk ke rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.

4. Pastikan rumah anda bebas daripada binatang berbisa dan gunalah kayu untuk mengalihkan barangan yang bertaburan di lantai.

5. Periksa paip gas yang mungkin bocor.

6. Periksa bekalan elektrik yang tenggelam.

7. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.

8. Laporkan kerosakan harta benda awam kepada pihak berkuasa.

9. Buang bahan makanan yang terendam termasuk makanan dalam tin.

10. Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar.

11. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.
__________________________________________

Disini Mommy Razim ingin bersama sama anda untuk menderma  kepada mangsa banjir. Setiap pembelian anda. RM3 akan di dermakan kepada mangsa banjir.

Mari makan vitamin sambil menderma kepada mangsa banjir.

Hubungi Aula @ 012-2522007 atau wassap dan email kepada aulakif@gmail.com

Aula
Mommy Razim
Senior coordinator
012-2522007

Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign