Pages

November 14, 2014

Bina Tabung ZAKAT dan Tabung ENJOY

Salam Jumaat semua.. sapa antara korang yang dah ade tabung ZAKAT SEDEKAH dan TABUNG ENJOY?

Semasa bekerja potongan jer dah habis semua.. heheh tapi itulah hakikat kan? Nak set aside tabung pun tak sempat rasanya. Alhamdulilah sekarang setiap kali bonus Shaklee memang saya dapat menambah tabung BAITULMAL saya dan dengan duit gaji kebanyakan saya simpan takde pun dapat nak TABUNG ENJOY sebab wajib enjoy what you have work hard for.

Setahun yang lalu TABUNG BAITULMAL setakat 3 ANGKA jer. Alhamdulilah sejak aktif berbisnes Shaklee dah capai 4 ANGKA. Syukur sangat.

Perbelanjaan dari Bonus memang saya bahagikan betul betul supaya banyak yang boleh saya dapat darinya. Secara asasnya mengikut tips jutawan setiap bulan bila kita dapat BONUS ke gaji ke wajib dibahagi kan kepada yang berikut

60%- Keperluan
10%- Memberi Semula
5%- Tabung Enjoy
5%- Tabung Barangan Idaman- (something exclusive dan mungkin perlukan untuk mengumpul, seperti kereta idaman, handbag berjenama, Peti Ais Idaman)
10%- Simpanan

Rasa rasa nak enjoy lebih banyak? Wajibla membesarkan pendapatan yang masuk. Bukan berhutang lagi banyak. Berapa ramai dari kita yang mampu menyimpan sehingga 10% dari gaji masing-masing? Memang kekadang rasa macam tak mampu kot. Tapi itu adalah keperluan di masa kecemasan dan tabung di hari tua.

Alhamdulilah ade extra walaupun RM1000 sebulan , cukup untuk sesiapa sahaja mulakan simpanan di dalam Tabung Haji. Insyallah dalam masa 10 tahun tercapai la simpanan minima RM100,000 hah nak tahu macam mana nak mulakan tu kena tunggu entry berikutnya ok

As for macam mana nak kembangkan TABUNG ZAKAT dan TABUNG ENJOY. Boleh tanya saya dan saya berbesar hati nak sharekan dengan korang.

Selamat menjalani hujung minggu penuh makna bersama family tercenta..

Salam Sayang
Mommy RazimSarhan
NURUL AULA
Senior Coordinator
012-2522007






1 comment:

  1. alhamdulillah... murah rezeki. memang bagus menyimpan & memberi kalau ada lebih ;)

    ReplyDelete

Mommy Razim and Sarhan Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign