Anda pernah terfikir kadang-kadang walaupun gaji anda sebanyak mana sekalipun ia tidak pernah CUKUP??
Bila cerita bab-bab menjadi jutawan nie saya tahu ramai yang tertarik bukan??
Well bukan hanya saudara-saudari tapi saya juga begitu.
BIla kita bercerita tentang kewangan, ade yang cuba mengelak dan tak kurang juga yang ingin belajar demi mencapai kebebasan kewangan.
Dlam mencapai cita-cita kearah menjadi jutawan atau sekurang-kurangnya bebas hutang, ia sebenarnya bermula dari sikap. Sesetengah dari kita mengambil sikap endah- tak endah bila it comes to financial management.
Tapi dalam mencapai sesuatu kita kena start something kan??
So ape yang anda kena mulakan dalam perjalanan anda ke arah kebebasan kewangan dan bebas hutang??
- Buat simpanan automatik setiap bulan. –kadang-kadang kedengaran bahawa kita tak dapat nak simpan sebab terlalu banyak Komitment lain. Anda pasti boleh. Start small, mulakan penyimpanan sebagai bill pertama yang anda perlu bayar. Kalo susah sangat buat potongan automatik ke ASB atau tabung haji. Permulaan RM50 sudah cukup baik . Cuba untuk tidak berfikir bahawa anda terpaksa simpan tapi cuma jadikan ia semacam kebiasaan untuk menabung.
- Kawal keinginan untuk berbelanja- ini adalah antara masalah terbesar kebayakan manusia dalam dunia ni kan?? KEINGINAN melebihi KEPERLUAN. Tapi anda perlu belajar cara-cara untuk mengawal keinginan anda, seperti sediakan nota kecil akan perbelanjaan anda, jadi dari sini anda boleh lihat pengaliran kewangan anda, adakah ia keperluan atau keinginan. Susun atur rumah dan alamri anda.. Dari situ anda tidak akan membeli baju atau perabot rumah yang mungkin sudah anda miliki, semata-mata kerana ia murah atau kelihatan cantik.
- Buat penilaian akan perbelanjaan anda dan Belanja seadanya- kadang-kadang kita tidak sedar yang kita tidak mengukur baju di diri sendiri sebelum berbelanja. Apabila bersetan di HATI tula yang terjadi, orang lain ade kita pun nak. Sebaiknya amalkan juga membuat Penyata kewangan bulanan, dengan ini anda boleh melihat ke mana duit anda pergi. JAdi setiap bulan anda akan perhatikan di mana anda boleh potong perbelanjaan yang tidak perlu dan SAVE YOUR MONEY!!
- Melabur untuk MASA DEPAN- Jika anda masih muda dan belum berkerja bukan alasan untuk tidak melabur. START YOUNG, THE EARLIER THE BETTER. JIka anda mula melabur wang di dalam ASB bermula umur 20 tahun adalah lebih baik dari anda bemula dari unur 30 tahun kan?? Saya pasti anda dah baca banyak tentang ini tapi walau apa pun yang anda ingin lakukan untuk PELABURAN HARI TUA (ASB, Unit Amanah ataupun HARTANAH) anda mulakan HARI INI!!!
- SIMPANAN KECEMASAN DAN INSURANs- Sekarang sudah ada kesedaran dalam diri kita, terutamanya yang sudah bekeluarga, dalam apa pun keadaanya, KELUARGA PERLU DIUATAMAKAN. Jadi dalam mana-mana keadaan darurat, kita sudah mempunyai simpanan sekurang-kurangya untuk 3 bulan, dan jika apa-apa terjadi pada anda, keluarga anda terjaga.
- HAPUSKAN HUTANG dan ELAKAN DARI BERHUTANG- Zaman kad Kredit saya tahu ini adalah agak sukar untuk dilakukan, tapi hey nothing is impossible kan??? Macam mane anda boleh lakukan? Mulakan dengan meningkatkan pembayaran bulanan kredit kad, atau pinjaman peribadi anda setiap bulan. Jika anda hanya membayar RM200 sebulan tambahkan mungkin RM50 setiap bulan. Walaupun Nampak sedikit impaknya mungkin besar dan anda akan merasa puas bila anda selesai melangsaikan hutang dan bila anda tidak berhutang pada mana2 agensi perbankan.
- GUNAKAN SISTEM SAMPUL- Ini adalah system yang sangat mudah untuk anda amalkan. Perbelanjaan yang telah anda ketepikan untuk hiburan dan makan luar misalanya, anda masuk kan belanja ini ke dalam sampul yang berbeza dan buat pemerhatian terhadap isi kandungan setiap sampul itu. Jika anda lihat isi sampul itu cepat habis, maka anda kena berbuat sesuatu mungkin lebih berhati-hati berbelanja ataupun anda perlu merancang semula budget anda.
- Bayar Bil ANda secepat mungkin- satu Tabiat yang baik ( tapi tak sumer mampu tapi kena cuba) ialah membayar bil anda sebaik sahaja ia tiba. Jangan tangguh. KAlo anda malas ke bank there is always online payment kan?? So tiada lagi alasan untuk malas ke traffic jam ke…. JUST DO IT. Dengan cara ini anda tak perlu pening-pening pikirkan bil yang belum anda langsaikan
- Tingkatkan ilmu dalam Mengurus Kewangan Peribadi- Banyak kan membaca (macam anda baca artikel ni), sekurang-kurangnya dapat membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.
- MEnguatkan institusi kewangan anda- Dalam ape juga yang anda lakukan same ada meningkatkan institusi kewangan anda, megurangkan hutang, menambah simpanan anda, Anda perlu cari cara baru untuk membuat duit ataupun get paid more for what you do. Sudah tentu ia tidak berlaku sekelip mata, tapi jika anda berusaha praktikan 9 yang di atas di samping mencari cara baru menambah pendapatan anda sudah tentu nya institusi kewangan anda akan bertambah baik dan ini sudah tentunya membuat anda berasa lebih yakin dan it feels good.
Alhamdulilah saya Berjaya juga berkongsi dengan anda, walau pun anda tak dapat praktikan kesemunya, start small. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Mulakan langkah anda hari ini. Jangan tangguh lagi, Insyallah anda akan Berjaya.
Love,
Mommy Razim